TIPS MENJADI INSAN HEBAT
Menurut pakar motivasi Dato' Dr Fadzilah Kamsah dalam Majalah Solusi (Isu 25). Ada empat perkara yang di sarankan oleh beliau untuk menjadi insan yang hebat iaitu:
- Yakin Kepada Allh SWT. Sebagai muslim kita perlu yakin bahawa sesuatu yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT. Namun, kita perlu berusaha, memohon doa daripada Allah SWT segala yang terbaik untuk diri kita. Itulah rahsia hebatnya orang muslim yang tidak dimiliki oleh bukan muslim.
- Pemaaf. Orang yang mudah memaafkan dan memberi maaf kepada orang lain merupakan orang yang hebat. Rasulullah SAW merupakan seorang yang sangat pemaaf dan sikap pemaaf hanya dimiliki oleh orang yang memiliki jiwa yang suci dan bersih. Darjat yang tinggi diangkat oleh Allah SWT kepada orang yang pemaaf. Hidup kita akan jadi lagi indah jika kita saling bermaaf-maafan.
- Muhasabah Diri. Muhasabah diri merupakan perkara penting dalam hidup seorang muslim supaya hari-hari yang dilalui menjanjikan hari yang baik dari sebelumnya. Orang yang hebat akan sentiasa memuhasabahkan dirinya terhadap apa yang dilakukannya dari awal pagi hingga tidur supaya selari dengan matlamat hidup menurut syariat.
- Jangan Paksa Orang Menerima Pendapat Kita . Allah SWT menjadikan manusia berlainan antara satu sama lain. Seseorang itu tidak harus mendesak atau memaksa orang lain untuk menerima pendapat serta pemikiran kita. Orang yang suka memaksa orang lain menerima pandangannya tidak akan dihormati oleh orang lain, malah akan diumpat atau akan dicela. Sebaliknya, berbaik sangka dan meraikan pendapat orang lain menunjukkan pengorbanan emosi dan hati yang amat tinggi.