Flying Cute Pink Butterfly
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Showing posts with label Cetusan. Show all posts
Showing posts with label Cetusan. Show all posts

Monday, 2 May 2011

Menjadi Pendengar Terbaik



Assalamualaikum wbt kepada pengunjung semua. Semoga anda dirahmati Allah SWT.....

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit informasi mengenai pendengar yang baik. Sebagai individu yang sedang mendengar perbualan, kita hendaklah memberi perhatian terhadap apa yang diperbualkan agar orang yang bercakap akan merasakan dirinya dihargai. Antara tips menjadi seorang pendengar yang baik adalah seperti berikut :-
  • Ketika berbual, pandanglah tepat ke anak matanya. Pandangan tepat ke anak mata menunjukkan kejujuran kita mendengar apa yang dibualkan tersebut. ( tetapi awas, jangan berlebihan kerana panahan mata ini besar kesannya)
  • Sesekali buatlah reaksi mengangguk atau mengiakan..Ia menunjukkan kita faham akan topik yang sedang diperbualkan. Janganlah kita membatu sehingga merasakan seperti berbual dengan patung.
  • Beri juga sedikit senyuman untuk mengurangkan ketegangan jika topik yang sedang diperbualkan itu agak emosi sedikit. Contoh pembual kata " saya sedang geram nie...murid saya buat hal"...kita senyum sedikit sambil memberi reaksi " sabar, budak-budak biasala...dia pun manusia biasa kan"
  • Sesekali beri juga reaksi non-verbal seperti sedikit pergerakan tangan. Ini menunjukkan kita minat dengan topik perbualan tersebut
  • Akhir sekali, jika kita kurang selesa dengan perbualan itu atau kita ada urusan lain dan mahu menamatkannya, berterus teranglah dan jangan berpura-pura. Janganlah kita buat reaksi yang boleh menyakitkan hati si pembual seperti batuk dengan tiba-tiba atau menghentakkan kaki dengan harapan orang itu faham maksud kita...
Setakat ini sahaja antara sedikit panduan yang boleh kita amalkan. Jika ada panduan tambahan yang boleh kita kongsi bersama jemputlah melayangnya di kotak komen. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua. Wallahua'alam.

Tuesday, 26 April 2011

Akibat Banyak Tidur...



"ORANG yang terlalu banyak makan atau tidur akan memudaratkan diri dan merosakkan akhlaknya sehingga leka daripada menunaikan kewajipan kepada Tuhan dan sesama manusia.

Diriwayatkan bahawa Nabi Yahya pernah didatangi iblis yang membawa beberapa benda bergantungan pada badannya. Lalu Nabi Yahya bertanya: “Apakah benda yang bergantungan itu?”

Jawab iblis: “Inilah syahwat yang akan dipergunakan untuk menguasai, mempengaruhi dan menggoda manusia.”

Nabi Yahya kemudian bertanya: “Apakah yang ada pada syahwat itu?”

Jawab iblis: “Kadang-kadang dengan syahwat ini, engkau kekenyangan, lantas aku beratkan engkau daripada mengerjakan solat dan berzikir.”

Nabi Yahya dengan tegas terus menjawab: “Demi Allah, selama-lamanya aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan yang banyak hingga terlalu kenyang.”

Beliau sedar terlalu banyak makan boleh menyebabkan enam pekerti tercela. Ia adalah:

- Hilangkan rasa takut dan takwa kepada Allah.

- Berat untuk taat beribadat.

- Hilang kasih sayang sesama makhluk kerana menganggap orang kenyang itu sama sepertinya.

- Gagal memahami dan sukar memahami kehalusan makna ketika mendengar pesanan yang baik.

- Mengundang pelbagai penyakit.

- Sebarang nasihat atau pesanan yang diberikan orang yang terlalu kenyang, tidak dapat meresap ke dalam hati orang yang mendengarnya.

Orang yang terlalu banyak tidur pula digolongkan sebagai sifat orang tercela kerana leka hingga tidak dapat mengerjakan ibadat dan mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari-hari dibahagikan kepada tiga iaitu lapan jam untuk taat dan beribadat kepada Allah, lapan jam mencari nafkah dan baki lapan jam lagi untuk beristirahat dan tidur.

PETIKAN : Berita Harian

Thursday, 7 April 2011

Telur Tiruan


Banyak terdapat kes-kes keracunan makanan direpot di tanah besar negara China. Pada tahun 2001 terdapat 185 kes keracunan makanan melibatkan 15,715 penduduk dan menyebabkan 146 kematian. Jumlah kes bertambah dua kali ganda pada 2002. Pada 2003 jumlah kes yang dilaporkan adalah 10 kali ganda dari tahun 2001 dan jumlah yang terlibat mencecah 29,660 termasuk 262 kematian. September 2008 hampir 53,000 kanak-kanak di negara china sakit akibat pencemaran susu dan 4 kematian.

Di China terdapat sekolah khas yang mengajar teknologi menciplak atau mencipta semula sesuatu, termasuk telur juga telah dibuat sendiri dengan menggunakan bahan kimia, sama apabila digoreng dan dikatakan paling popular sekarang.

Merujuk kepada petikan akhbar semalam, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sudah menghantar contoh telur yang dipercayai tiruan yang diperoleh dari dua penjual telur di pasar Pulau Tikus, untuk ujian makmal di Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Keselamatan Makanan, Ku Nafishah Ku Ariffin, berkata contoh telur itu dihantar ke makmal di Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi.

"Kami akan menguji contoh telur itu dan hasil ujian dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, ini adalah kali pertama beliau berhadapan dengan kes telur tiruan sepanjang 22 tahun bekerja di jabatan itu.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penjual dan pengeluar telur jika telur itu disahkan tidak tulen.

"Kita perlu menunggu keputusan ujian itu sebelum menentukan tindakan selanjutnya yang boleh diambil," katanya.

Sementara itu, Prof Abd Karim Alias dari Fakulti Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia, berkata beliau telah mendengar kes seumpama itu beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, semua perkara perlu diuji untuk menentukan sama ada telur tiruan itu boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

Semalam, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata beliau menerima aduan daripada seorang suri rumah yang membawa telur berkenaan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang mencurigakan ketika cuba memasaknya.

Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.