Flying Cute Pink Butterfly
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Mahir IT



 VIRUS KOMPUTER
 
Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. 

Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.
 
Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.

Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.

Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri.


'VISUAL PRESENTER'


Secara abstrak, "Visualiser" juga dikenali "Document Kamera" dan "Visual presenter" ialah alat pengajaran digital yang membenarkan pengajar/pelajar memaparkan dan berkongsi informasi dengan lebih meluas serta membawa kehidupan kepada suasana di dalam kelas.

Visualiser/Document Kamera ialah alat ICT (Information & Communication Technologies) yang kos-efektif, jimat masa, dan mudah di gunakan. Anda hanya perlu menyambung visualiser/document kamera pada projektor atau monitor atau papan interaktif dan menghidupkannya. Apa yang tinggal ialah meletakkan object yang perlu dipaparkan dibawah kamera.

Visualiser/Document Camera merupakan alat pengajaran yang fleksibel yang membenarkan pengajar memaparkan apa sahaja daripada sehelai kertas kepada sebuah piano, dalam pelbagai warna, atau seseorang di dalam bilik. Anda boleh mengarah, menerangkan, membesar dan mengecilkan, atau memperoleh pandangan yang berbeza dengan mumutarkan lengan/kamera visualiser/document kamera. Visualiser yang flexibel ini membantu pangajar dan pelajar menunjukkan kreativity mereka semasa menggunakannya.
Mengapa visualiser/document camera ialah alat ICT kegemaran untuk menghasilkan pengajaran produktif seharian? Ini kerana, ia mudah untuk digunakan. Pengajar tidak perlu membazirkan masa untuk belajar cara cara untuk menggunakan alat ICT ini sebaliknya mereka boleh menggunakan masa ini untuk merancang kuliah dan meluangkan lebih masa dengan pelajar. 

Mari kita melihat fakta-fakta berikut untuk memahami Visualiser/Document kamera dengan lebih lanjut.

1)  Menggunakan Visualiser/Document Kamera untuk…
Memapar dan membesarkan objek kepada skrin besar…
Memaparkan objek nyata kepada skrin besar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dinamik dan spontan.

2) Membesarkan objek boleh meningkatkan pemahaman konsep, meningkatkat rasa ingin tahu dan memperkukuhkan poin yang hendak di sampaikan oleh pengajar kepada pelajar. Juga pelajar dapat melihat objek tersebut daripada semua sudut di dalam kelas dan mengurangkan rebutan di hadapan semasa demonstrasi serta mengatasi masalah pengurusan kelas.

3) Menunjukkan kemahiran praktikal dengan jelas
Membenarkan pengajar mendemonstrasikan kemahiran praktikal kepada semua, dan boleh meluangkan lebih masa kepada sesiapa yang memerlukan lebih perhatian.

4) Visualiser/Document kamera membantu memastikan peningkatan pemahaman arahan yang kompleks. Kerja kraftangan dan praktical pelajar dapat ditingkatkan melalui aktivity demonstrasi melalui visualiser/document kamera!

5) Membawa makna yang berlainan kepada pengajaran...
Gunakan keajaiban Visualiser/Document Kamera untuk menukarkan binatang kecil kepada raksasa besar! Pelajar terlibat secara langsung melalui sifat sebenar Visualiser/Document Kamera.

6) Pengajar boleh membesarkan object dengan fungsi zoom untuk memaparkan objek bergerak (LIVE) dan ciri-cirinya kepada pelajar dengan Visualiser berbanding dengan cara lama. Memaparkan objek yang sebenar lebih menyeronokkan semasa pembelajaran berbanding dengan menggunakan filem.

7) Membuat kelas interaktif
Memberi peluang kepada pelajar tampil ke hadapan dan membuat pelajar lebih aktif di dalam kelas! Menawar dan meningkatkan cara interaksi antara pangajar dan pelajar serta seluruh kelas.

8) Pelajar boleh berkongsi ide di papan tulis, dan menunjukkan pemahaman dan apa yang dipelajari kepada seluruh kelas. Visualiser/Document Kamera benar benar meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas dan meningkatkan kreativiti.

9) Jimat masa dan wang…
Fikirkan berapa masa yang pengajar habiskan untuk mencari dan muat turun gambar yang hendak digunakan, atau fotokopi tulisan kepada skala yang lebih besar. Baik bahan pengajaran di sekitar, tetapi adakah mereka lebih bail daripada gambar. Bagaimana kalau kita meletakkan mereka di bawah Visualiser/Document Kamera?

Visualiser/Document Kamera ialah alat yang boleh menjimatkan wang dan masa dengan memendekkan jangka masa persediaan, seperti fotokopi dan percetakkan dan membolehkan anda untuk menggunakan bahan yang lebih berkualiti.

Visualiser/Document Kamera mempunyai keistimewaan berbanding alat ICT lain iaitu hampir apa sahaja pun bahan yang di dapati boleh di letakkan di bawah kameranya.Kebolehan Visualiser/Document Kamera bukan terhad kepada bahan seperti gambar dan cetakan malah boleh digunakan untuk menunjukkan binatang hidup atau secara langsung. Visualiser/Document Kamera boleh di gunakan serentak dengan alat ICT lain dan memberi nyawa kepada alat ICT yang lain.

Bersedia untuk pengalaman yang istimewa dengan ICT dalam pendidikan melalui penggunaan Visualiser/Document Kamera?! Terima kasih kepada Puan Nor Azmira dan Encik Faizal di atas penerangan. Semoga kita mendapat manfaat dari bengkel cara-cara mengendalikan alat ini.

Untuk membaca bagaimana visualiser/document camera telah mengubah kelas di seluruh dunia dan bagaimana anda boleh mencipta cara pengajaran yang berkesan, boleh klik di bawah!