Flying Cute Pink Butterfly
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

Saturday 26 November 2011

Dalam kenangan...

Click to play this Smilebox greeting
Create your own greeting - Powered by Smilebox
Digital greeting made with Smilebox

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al Fatihah.

Friday 21 October 2011

Doa dan Kelebihan Nama-nama Allah

Banyakkan membaca kalimah Ya Nafi’  sekiranya anda sakit atau mengalami kesusahan. Bagi mereka yang menghadapi masalah dalam rumahtangga, amalkan ayat ini sebanyak yang mungkin. InsyaAllah, hubungan akan bertambah baik.


Bagi meningkatkan kehidupan duniawi dan spiritual anda, amalkan membaca ya Rasyid setiap hari agar setiap perkataan dan perbuatan anda mengikut jalan yang benar dan diredhai olehNya.

Anda merancang sesuatu dan ingin berjaya? Bacalah Ya Badi’ setiap kali sesudah sembahyang. InsyaAllah, rancangan anda akan cepat berjaya.

Apabila anda menghadapi kesulitan, dituduh sembarangan atau dizalimi, bacalah Ya Sabur. Mudah-mudahan terhindar dari semua keburukan dan hati anda dipenuhi dengan cinta kepada Allah.

Friday 1 July 2011

MENGHARGAI SEBELUM DIHARGAI

(Ditulis oleh Wan Muhd. Ali)
Bismillahirrahmanirrahim.....

Mungkin sudah banyak perkara yang kita lakukan dengan seikhlas hati. Tapi sehingga kini ia langsung tidak menunjukkan sebarang pancaran kejayaan. Apatah lagi untuk dihargai oleh orang lain?
Agaknya tidak keterlaluan jika saya kata orang asyik dok menunding jari menyalahkan kita, tak kiralah apa pun yang kita buat. Kalau sekarang kita sedang mengusahakan sesuatu kerja yang akhirnya tidak berjaya, kita akan di cemuh, dipandang sebelah mata, dikutuk dan mungkin juga dijadikan bahan tawa mereka.
Tidak pernah rasanya usaha perih jerih ini dihargai, apatah lagi untuk diberi sokongan…tidak hairanlah kenapa ramai orang takut kecundang. Ramai orang takut untuk memulakan langkah…


 
 Tinggalkan semua perkara itu sekejap. Cuba kita tanya kepada diri sendiri…
Selama ini, kerja yang kita lakukan itu untuk siapa?
Selama ini, kenapa agaknya kita buat kerja yang kita sedang buat sekarang?
Agak-agaknyalah, kita buat semua perkara yang tidak ada orang hargai ini kerana merekakah atau kerana kita memang nak buat perkara tersebut?
Saya yakin dan pasti. Apa yang kita buat selama ini adalah untuk diri kita sendiri. Namun kita rasa kecewa kerana ia masih tidak menunjukkan sebarang kejayaan, anda sedih kerana tiada orang menghargai usaha anda dan anda rasa terkilan kerana semuanya seolah-olah berakhir sia-sia.
Jangan begitu…sebenarnya apa yang anda lakukan meskipun tidak berjaya, ia sebenarnya amat bernilai. Mungkin tidak bagi orang lain, tetapi YA bagi anda! Berjaya atau tidak, ia memang hasil kerja anda!
Jika tiada seorang pun menghargai usaha anda, anda patut menghargai usaha  anda sendiri. Usah pedulikan orang lain. Di mana-mana pun orang hanya nampak ‘kejayaan’, mereka tidak pernah nampak ‘disebalik tabir’ usaha yang dicurahkan untuk mencapai kejayaan tersebut.
Namun ada seorang yang nampak! Dan orang itu ialah anda sendiri! Hanya andalah yang boleh menghargai apa yang anda sudah lakukan samada ia berjaya ataupun tidak.


 
“Apa yang orang nampak hanyalah 1% dari kejayaan saya, tetapi mereka tidak nampak 99% kegagalan saya!”

-Soichiro Honda-


Wallahu'alam.

MOTIVASI KERJA


‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’
Jadi renungi lah :-
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR’AN.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
  7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’
‘Mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan  berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik’

Terima kasih kepada Pn. Sukinah yang menyampaikan tazkirah ini....Semoga kita sama-sama dapat manfaat dari artikel ini...:)

Monday 2 May 2011

Menjadi Pendengar Terbaik



Assalamualaikum wbt kepada pengunjung semua. Semoga anda dirahmati Allah SWT.....

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit informasi mengenai pendengar yang baik. Sebagai individu yang sedang mendengar perbualan, kita hendaklah memberi perhatian terhadap apa yang diperbualkan agar orang yang bercakap akan merasakan dirinya dihargai. Antara tips menjadi seorang pendengar yang baik adalah seperti berikut :-
  • Ketika berbual, pandanglah tepat ke anak matanya. Pandangan tepat ke anak mata menunjukkan kejujuran kita mendengar apa yang dibualkan tersebut. ( tetapi awas, jangan berlebihan kerana panahan mata ini besar kesannya)
  • Sesekali buatlah reaksi mengangguk atau mengiakan..Ia menunjukkan kita faham akan topik yang sedang diperbualkan. Janganlah kita membatu sehingga merasakan seperti berbual dengan patung.
  • Beri juga sedikit senyuman untuk mengurangkan ketegangan jika topik yang sedang diperbualkan itu agak emosi sedikit. Contoh pembual kata " saya sedang geram nie...murid saya buat hal"...kita senyum sedikit sambil memberi reaksi " sabar, budak-budak biasala...dia pun manusia biasa kan"
  • Sesekali beri juga reaksi non-verbal seperti sedikit pergerakan tangan. Ini menunjukkan kita minat dengan topik perbualan tersebut
  • Akhir sekali, jika kita kurang selesa dengan perbualan itu atau kita ada urusan lain dan mahu menamatkannya, berterus teranglah dan jangan berpura-pura. Janganlah kita buat reaksi yang boleh menyakitkan hati si pembual seperti batuk dengan tiba-tiba atau menghentakkan kaki dengan harapan orang itu faham maksud kita...
Setakat ini sahaja antara sedikit panduan yang boleh kita amalkan. Jika ada panduan tambahan yang boleh kita kongsi bersama jemputlah melayangnya di kotak komen. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua. Wallahua'alam.