Assalamualaikum wbt kepada pengunjung semua. Semoga anda dirahmati Allah SWT.....
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit informasi mengenai pendengar yang baik. Sebagai individu yang sedang mendengar perbualan, kita hendaklah memberi perhatian terhadap apa yang diperbualkan agar orang yang bercakap akan merasakan dirinya dihargai. Antara tips menjadi seorang pendengar yang baik adalah seperti berikut :-
- Ketika berbual, pandanglah tepat ke anak matanya. Pandangan tepat ke anak mata menunjukkan kejujuran kita mendengar apa yang dibualkan tersebut. ( tetapi awas, jangan berlebihan kerana panahan mata ini besar kesannya)
- Sesekali buatlah reaksi mengangguk atau mengiakan..Ia menunjukkan kita faham akan topik yang sedang diperbualkan. Janganlah kita membatu sehingga merasakan seperti berbual dengan patung.
- Beri juga sedikit senyuman untuk mengurangkan ketegangan jika topik yang sedang diperbualkan itu agak emosi sedikit. Contoh pembual kata " saya sedang geram nie...murid saya buat hal"...kita senyum sedikit sambil memberi reaksi " sabar, budak-budak biasala...dia pun manusia biasa kan"
- Sesekali beri juga reaksi non-verbal seperti sedikit pergerakan tangan. Ini menunjukkan kita minat dengan topik perbualan tersebut
- Akhir sekali, jika kita kurang selesa dengan perbualan itu atau kita ada urusan lain dan mahu menamatkannya, berterus teranglah dan jangan berpura-pura. Janganlah kita buat reaksi yang boleh menyakitkan hati si pembual seperti batuk dengan tiba-tiba atau menghentakkan kaki dengan harapan orang itu faham maksud kita...
No comments:
Post a Comment