Banyakkan membaca kalimah Ya Nafi’ sekiranya anda sakit atau mengalami kesusahan. Bagi mereka yang menghadapi masalah dalam rumahtangga, amalkan ayat ini sebanyak yang mungkin. InsyaAllah, hubungan akan bertambah baik.
Bagi meningkatkan kehidupan duniawi dan spiritual anda, amalkan membaca ya Rasyid setiap hari agar setiap perkataan dan perbuatan anda mengikut jalan yang benar dan diredhai olehNya.
Anda merancang sesuatu dan ingin berjaya? Bacalah Ya Badi’ setiap kali sesudah sembahyang. InsyaAllah, rancangan anda akan cepat berjaya.
Apabila anda menghadapi kesulitan, dituduh sembarangan atau dizalimi, bacalah Ya Sabur. Mudah-mudahan terhindar dari semua keburukan dan hati anda dipenuhi dengan cinta kepada Allah.
No comments:
Post a Comment